Thursday, July 23, 2009

The Chronicles Of Secret Chamber's PO

Hari ni best, tak banyak kes aku kena Mention atau Bicarakan. Reman pun bukan turn aku, kul 10.45 am aku dah siap beraksi dan boleh menumpukan pada Alasan Penghakiman yang aku masih pening caman nak siap kan.

Ish sengal betul mereka ni, dah masuk Hospital dapat rawatan bayor la, yang nak mengelak2 kenapa? Dah tu masuk nak yang swasta je tu, bila bil melambung macam2 helah korang xnak bayar. Aku nak advise sikitlah, ukur boxer punggung sendiri jgn ikut punggung Oprah Winfrey hehehehehe. Duit korang habis turun naik ke tempat aku dan aku pun pening nak menyelesaikan masalah korang.

So dalam pada aku beraksi tadi ada la satu kes ditetapkan untuk hujahan pada hari ni. Aku dah baca siap2 la keterangan saksi and aku bleh kata OUT la, KOYAK gila cannot hold water. Tapi sebagai Lord of The Chamber aku xleh express kan sangat keputusan aku tu sebelum aku formally deliver pada orang yang kena tuduh. So kes ni melibatkan 3 Mat Rempit, aku xmau la hurai panjang pasal keterangan derang tapi in simple word aku kata cannot hold water.

So pagi bila depan aku, peguam ketiga2 Mat Rempit ni pun berhujah la, serius xlah mantap, x impress aku lansung, tapi dengar jela. Tapi dalam pada x impress ngan peguam tu, PO aku bagi aku depress lak. Mana tak nya lepas je peguam tu berhujah aku tanya la "PO, ur submission please!"

PO: Saya xde hujahan Tuan dan bergantung sepenuhnya kepada kenyataan semua saksi yang telah direkodkan

Dalam hati aku ("Ayam masak tempoyak betul la ko ni!")

Aku: Ok I'll fix date for decision, meanwhile you PO, I want to see you in my Chamber!

Berkerut kening PO aku.

Dalam Chamber

Aku: Kenapa ngan ko ni? Kalau pun kes tu dah lemah, submit la, jgn biar macam tu je, kalah pun biar kalah bergaya

PO: Saya xboleh la Tuan, xreti

Aku: Ko xnak cuba memang la, apa yang ko nak takut? Aku rasa keje ko kalau kat luar lagi menakutkan tangkap tembak orang sumer, ini mintak bercakap je...

PO: Ala Tuan jgn la cakap macam tu... saya pun bukan nak sangat jadi polis ni

Aku: Dah tu apsal ko nak minta jadi bomba ke apa ke?

PO: Saya kena tipu ngan Yusof Haslam Tuan, ni la bahana duk tengok Gerak Khas selalu, ingat bajet dapat la tembak orang hari2 ke, bawa motor besar penuh adventure dan gaya, tup2 kena jadi pendakwa... aduiii... sori eh tuan

Aku: Dah2 aku tak nak dengar lagi, ko bleh balik wat keje ko.

Bila dia kuar je aku punya la gelak, cilaka betul, dalam banyak2 alasan boleh dia kata kena tipu ngan Yusof Haslam adoi, kuar air mata aku gelak, ko ni memang kelakar la!

Huh huh huh gelak punya gelak Alasan Penghakiman aku xsiap lagi huhuhuhuhuhuhu, esok kompem setel!

Monday, July 20, 2009

Deaths In The Asylum

The Criminal Procedure Code stated:

334. Inquiry into cause of death of a person in custody of police or in any asylum.

When any person dies while in the custody of the police or in a psychiatric hospital or prison, the officer who had the custody of that person or was in charge of that psychiatric hospital or prison, as the case may be, shall immediately give intimation of such death to the nearest Magistrate, and the Magistrate or some other Magistrate shall, in the case of a death in the custody of the police, and in other cases may, if he thinks expedient, hold an inquiry into the cause of death.


335. Powers of Magistrate.

(1) A Magistrate holding an inquiry under this Chapter shall have all the powers which he would have in holding an inquiry into an offence.

(2) A Magistrate holding an inquiry under this Chapter it he considers it expedient that the body of the deceased person should be examined by a Medical Officer in order to discover the cause of death may, whether a post-mortem examination has been made under section 331 or not, issue his order to a Medical Officer to make a post-mortem examination of the body, and may for that purpose order the body to be exhumed.


Hari ini pagi-pagi lagi Bos aku dah panggil memaklumkan satu daripada pegawai tempat aku bekerja Emergency Leave which at the same time minggu ni adalah tugasan beliau menjadi Corroner bagi kes-kes kematian di dalam tahanan.

Dan di pagi itu juga lah terdapat kematian dalam tahanan. So memandangkan pegawai tempat aku yang lain mempunyai keutamaan kerja lain, aku menjadi pengganti kepada mereka bagi memikul tugas koroner pada hari ini.

Sementara menyelesaikan kerja2 aku yang lain Inspektor dari penjara menghubungi aku dan aku mengesahkan aku adalah Corroner ganti dan akan hadir ke Hospital jam 2.30om.

Dengan kepantasan CLK aku, alhamdulillah aku berjaya tiba di Hospital pada jam 2.30pm. Setibanya aku di sana aku disambut oleh Inspektor penjara tersebut.

Inspektor: Selamat Petang Tuan!

Aku: Selamat Petang

Inspektor: Kalau tidak keberatan Tuan saya pohon Tuan jadi corroner untuk 2 mayat

Aku: (pulak dah, time aku mengganti la nak ada 2 orang meninggal) Ok no prob, Im cool wif it (lagakku yang kekal macho)

So tanpa berlengah lagi, aku ditemani Inspektor tadi, 2 orang doktor yang merawat 2 mayat tersebut, seorang anggota polis dan 2 pekerja Hospital masuk ke dalam bilik mayat. Aku dipakaikan dengan face mask sebagai langkah keselamatan.

Mayat Pertama

Sebelum aku tengok mayat

Aku: Doktor, macam mana dia boleh mati ni?

Doktor: Kita dah admit si mati selama 5 hari sebelum dia mati, dia dirujuk oleh penjara kerana demam, selsema, diarrhea dan muntah2. Untuk makluman Tuan si mati disahkan HIV positif.

Aku: Gulp... Doktor HIV merebak ikut fume x? (aku berbisik)

Doktor: X tuan, insyallah x perlu risau

Aku menarik nafas lega. Kemudian aku arahkan 2 pekerja Hospital tadi untuk keluarkan kedua-dua mayat dari peti ais mayat tu dan buka kain yang menutupnya.

Masyallah..... Badan si mati penuh dengan fungus kemerah-merahan dan setiap satunya mengeluarkan cecair umpama darah cair, terdapat juga satu tompokan merah di sebelah kiri rusuknya.

Aku: Kenapa ni Doktor? kena pukul ke?

Doktor: Bukan Tuan, ini fungus dia dah banyak so memandangkan jenazah dah meninggal awal dan terbaring, darah akan pergi ke situ berkumpul.

Aku: Ok (huh macam tu rupanya)

Pemerhatian aku tiada apa2 kecederaan lain yang terlihat, so aku pun tanya

Aku: So basicly Doktor, how do you establish cause of death?

Doktor: Medically he die of Septic Shock From DIVC

Aku: Kita sekelaskan dulu Doktor?

Doktor: Eh Tuan amik law kan?

Aku: Baguslah kalau tahu, cuba bagi bahasa yang Cik Bedah yang jual Nasi Dagang depan umah Pak Samad tu bleh paham.

Doktor: Heheheh sori Tuan, penyakit2 yang dia alami tu severe and wif the fact that he is suffering from HIV positive, the immune system is totally collapse even wif life supporting device he cant stand the pain and the disease keep growing until he die.

Aku: So even if post mortem not conducted u can establish that?

Doktor: Sure can

Aku: Inspektor, ada keluarga dimaklumkan?

Inspektor: Ada Tuan, mereka dah ada di luar.

Mayat Kedua

Aku: Bagus, mayat kedua ni kenapa air meleleh keluar dari mulut ni?

Doktor 2: Ini sebab kita ada masukkan fluid dalam badan dia untuk kawal Blood Pressure dia

Aku: So can you establish the cause of death without post mortem?

Doktor 2: Sure can Tuan, basicly it is the same wif the first one but this one was severely suffering from TB.

Aku: Inspektor, ada keluarga dimaklumkan?

Inspektor: Ada Tuan, mereka dah ada di luar.

So aku pun belek la seluruh badan mayat dan aku puashati tiada kesan2 kecederaan pada mana2 bahagian tubuh kedua-dua si mati. Aku arahkan dua pekerja hospital tadi panggil keluarga2 si mati lihat jenazah.

Lepas tu semuanya di bawa masuk ke dalam satu bilik dipanggil "Bilik Perbincangan" (hehehehehehe orang dah mati pun kena bincang). Basicly Doktor hanya akan inform 1 atau 2 daripada keluarga paling hampir si mati bahawa si mati menghidap HIV. When I ask Doktor why, they said its Doctor Client confidentiality and aib kepada si mati.

So aku pun tanya sorang2 yang hadir

Aku: Encik2 semua dah lihat jenazah waris masing-masing kan? Saya diberi kuasa untuk mengarahkan doktor menjalankan post mortem, walaubagaimanapun, memandangkan kamu semua orang Islam, saya memberi peluang kepada kamu atas dasar sensitiviti pengurusan jenazah. Sekiranya pihak2 keberatan untuk post mortem saya tidak akan arahkannya, tapi Encik2 semua perlu menandatangani Surat Akujanji untuk tidak menuntut daripada mana2 pihak atas persetujuan untuk tidak menjalankan post mortem ni.

Tiba2 datang sorang Ustaz yang aku sangat kenali tersohor di Malaysia masuk lalu bertanya

Ustaz: Ni apa cerita ni, anak buah saya mati kenapa?

Sambil memandang kepada aku....

Doktor: Anak buah Ustaz meninggal sebab TB

Seorang daripada adik beradik si mati yang berdiri belakang Ustaz tersebut mengangkat tangan kepada Doktor, aku paham ("takpe Doktor, x payah bagitau dia ada HIV, saya akan uruskan dengan Pak Sedara saya ni")

Aku: Ustaz ada bantahan ke saya x proceed post mortem?

Ustaz: Kalau dah tau sebab dia meninggal x payah la, seksa jenazah nanti.

Semua menarik nafas lega.

Semua menandatangani Surat Akujanji dan aku kira tugas aku dah selesai.

Argh balik lapar gila aku singgah makan KFC Jejantas Sungai Buloh.............ahhhhhhh dah habis satu hari.........




Wednesday, July 15, 2009

Durian and Manggis

Sekarang ni musim 2 buah yang aku namakan dalam tajuk. So berpestalah sa-entaro Malaysia memakan buah2an ini. Yang beli belilah, yang ada dusun bestlah, yang "komrad" juga tetap meraikan kemeriahannya bersama-sama.

Di pejabat tempat Secret Chamber aku xketinggalan menganjurkan pesta makan buah buahan secara haram dengan bersembunyi. Sungguh tidak bermoral derang ni sebab x ajak aku, makan tinggal bau je.

Hari ni aku makan dengan 2 pegawai perempuan di Secret Chamber aku. Mula-mula nak makan ikan bakar, bleh tutup plak mak cik tu, spoil the very moment la... so balik je makan belakang opis Nasi Kukus Mek, bleh la so so.

Masa aku terserempak ngan PO aku.

PO: Selamat petang Tuan! (tegok berdighinya)

Aku: Selamat petang Inspektor.

PO: Tuan, jom kita makan durian, saya beli banyak ni ngan manggis

Aku: (Alamak aku kenyang lagi ni... tapi durian ni) Jom!

PO pun bukak la, ntah apa jadah jenis aku x tahu 101 la D24 la 103 la, dah macam tikam nombor tapi isi dia memang kuning gila la.

Aku: Wah hebat durian ko beli ni PO, bleh potong kaki kalau aku makan banyak2

PO: Xpe Tuan... makan je, potong satu kaki ada sebelah lagi (katanya dengan penuh niat jahat nak aku kudung) makan manggis sekali Tuan, baru petik ni....

Aku: Ko ni nak bunuh aku ni, mana bleh makan manggis dah tu makan durian...

PO: Mana ada, bleh je Tuan... kalau xbleh makan sekali mesti tuhan x jadikan musimnya sekali...

Aku:..........???????