Tuesday, January 12, 2010

The Pimps

Lama sungguh aku x menulis dalam blog... mungkin rutin harian yang semakin bertambah menjadi pembatas kelapangan aku untuk menulis. Banyak je perkara menarik yang berlaku di sekeliling aku yang mana pada masa berlaku nya perkara itu semangat aku berkobar untuk menulis di blog. Namun bila aku dah masuk zon istirehat PC pun aku malas nak tengok. Rasa nak muntah.

Alhamdulillah aku sudah bergelar suami... seronok? sangat seronok sebab sekarang hidup berteman. Dulu pun seronok gak.... tapi bukan ke bila berumahtanggan tu separuh daripada iman kita telah sempurna? maka sekarang sekurang2nya aku lebih beriman daripada dulu hahahahahah. Walaupun dulu iman ku kulit bawang, namun ianya dibuat daripada sintetik yang tahan lasak kekekekekeke.

Baru2 ni aku diperkenalkan dengan satu prosedur perlindungan yang tertakluk di bawah Anti-Trafficking in Persons Act 2007. Akta ini secara khusus dirangka bagi membendung dan melindungi mangsa perdangangan bapak-bapak ayam seantero Malaysia.

Macam mana Akta ini beroperasi. Bagi memudahkan pemahaman korang, Pegawai Pelindung dan Pegawai Penyiasat perlu mendedahkan kepada Secret Chamber bahawa orang yang merekan hadapkan dihadapan Secret Chamber terjumlah di bawah definisi orang yang diperdagangkan. Dalam beberapa kes yang dibawa ianya lebih kepada aktiviti penyeludupan warga asing dan menjadikan mereka pelacur di negara ini. Sekiranya mereka berjaya buktikan orang yang mereka bawa itu sebagai "orang yang diperdagangkan" maka Secret Chamber akan berikan satu perintah perlindungan kepada mereka sementara kerajaan uruskan penghantaran pulang mereka.

Walaubagaimanapun, dalam banyak2 kes yang diterima, adalah satu kes yang menarik perhatian aku dan membuat aku berfikir.

Satu hari Secret Chamber dibawa dengan seorang warganegara Thailand. Katanya dia diselamatkan sebagai "orang yang diperdagangkan". Minah ni x bleh cakap melayu tapi bleh la speaking skek2. Walaupun broken sekurang-kurangnya lagi broken dari aku hahahahahaha dan yang lebih penting aku x payah nak krong krai krong krai ngan dia hehehehe.

So aku pun tanya la dia beberapa soalan. Lazimnya cerita mereka ni lebih kurang ie. Agen janji datang sini keje waitress sampai sini kene keje pelacur. So kira boleh pakai gak la versi tu. Tapi yang kali ni lain macam. Minah ni mmg dah tahu dia kerja sini untuk jadi pelacur.

Aku: Do you know why u came to Malaysia at the first place.

Thai: Yes

Aku: What do you know?

Thai: To do massage

Aku: What do you understand by massage?

Thai: Do fucking

Aku: Erkkk... are you sure of what u said

Thai: Yes

Aku: So you get paid by fucking?

Thai: Yes I am

Aku: So whats the point to bring up this matter to the police

Thai: I get tired fucking, mummy (istilah ibu ayam bagi pelacur) give me no rest, fucking everyday 8 to 12 guys (sambil menangis)

Aku: But you know by coming to Malaysia that the one and only job for you to do is do fucking?

Thai: Yes

So aku tersentak dan berfikir, ini mungkin satu dalam 100 orang yang naif dan x reti berbohong. Bagaimana kalau "orang yang diperdagangkan" itu temberang... memang dia tau datang sini nak melacur, bila kena tangkap ngan polis baru terhegeh2 nak cakap diperdagangkan. Adakah Anti-Trafficking in Persons Act 2007 menjadi payung bagi kegiatan mereka? tapi aku percaya polis kita lebih cekap daripada apa yang mereka sangkakan....

Maka setelah berpuashati dengan keterangan minah Thai tadi...

Aku: IO, you dengar apa dia cakap tadi kan?

IO: Dengar Tuan... (sambil tersenyum), kita akan rujuk pihak atasan untuk tutup kes bawah Anti-Trafficking in Persons Act 2007 dan buka satu siasatan baru bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan.

372A. Persons living on or trading in prostitution.

(1) Whoever knowingly lives wholly or in part on the earnings of the prostitution of another person shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fifteen years and with whipping, and shall also be liable to a fine.

(2) Where any person is proved to have exercised control, direction or influence over the movements of a prostitute in such a manner as to show that that person is aiding, abetting or compelling the prostitution of the prostitute with any other person or generally that person shall, in the absence of any proof to the contrary, be deemed to be knowingly living on the earnings of prostitution.


Aku: Good... Permohonan Perlindungan "orang yang diperdagangkan" ditolak... bawa dia balik balai! huhhhhhh....