Friday, May 21, 2010

Generousity Of Allah

Alhamdulillah, hanya itu dapat aku katakan,

Rezeki itu memang daripada zat-zat Allah yang maha pemurah.

Sebulan dua ni memang kewangan ku agak terhad, macam-macam perkara berlaku menuntut pada penggunaan wang.

Hari-hari aku berdoa:

"Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh keluargaku di kalangan hambamu yang soleh, ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku, berikan kesihatan kepada diriku dan seluruh keluargaku dan dijauhi dari wabak penyakit kronik, aku memohon rahmat dan kekayaan mu Ya Allah, aku seru sifat Ar-Rahiim mu, bukakanlah kepadaku dan keluargaku pintu rezeki seluas-luasnya, berilah aku kekayaan supaya aku tidak kufur atas kemiskinan dan tidak bongkak dengan kekayaan."

Hari-hari aku berdoa dan Alhamdulillah hari ini Allah telah perkenankan doa ku, aku selalu percaya kata orang Allah x terus bagi apa kita doa sebab sangat suka kepada hambanya yang suka berdoa.

Rezeki yang aku dapat, satu rezeki yang aku x pernah pikir boleh dapat jumlah xboleh dapat kecuali sertai MLM, piramid atau apa2 saluran yang aku x paham, tapi itu bukan cara Allah bagi kepada ku sebab Allah tahu aku x percaya jalan-jalan seperti itu. Allah bukakan pintu rezekiku dengan menggerakkan hati sahabatku untuk memberi peluang pelaburan yang cukup baik dan meyakinkan. Sahabat itu sendiri tidak tahu kenapa dia boleh tawarkan peluang itu kepadaku, dia ada kemampuan, ada orang lebih rapat untuk diajak, tapi aku yang dipilih. Satu sahaja yang dikatakan ketika mempelawa aku:

"Saya teringat kata Syed Bukhari, dalam banyak rezeki yang kita dapat, terdapat bahagian orang lain di dalamnya"

Katanya lagi "Mungkin ini bahagian kamu"

Alhamdulillah...... Alhamdulillah...... Alhamdulillah.......

Tuesday, May 18, 2010

Cute Companion

Semalam 2 orang budak attachment program dari UM datang. Kesian aku tengok derang xdapat bercuti kena datang Secret Chamber tuk Industrial Training. Tapi xpe, abang ada, abang boleh tolong hiburkan adik-adik.

Semalam aku suruh derang tengok reman.... emmm nampak meriah muka budak2 tu yelah dapat tengok prosiding yang derang x leh wat kat lecturer killer derang. Petang bila aku tanya sumer ok? Ok Tuan.... aku kata "Bagus.... esok tengok orang daftar kes pulak" "Ok Tuan."

Hari ni ondaway aku g keje pagi-pagi Penjara Sungai Buloh dah kol aku

"Tuan ada orang mati....macam biasa"

Aku: "Ok roger, saya masuk opis dulu amik dayang kul 9 saya gerak"

Pegawai Penjara: "Roger and out"

So sampai opis kul 7 50 pagi aku pun jumpa bos bagitau aku akan ke Hospital Sungai Buloh tgk orang mati dalam tahanan.

"Bos, nak bawa dayang hari ni, boring drive sorang"

Bos: "Ok xpe, awak masih bujang 3"

Aku pun g lah jumpa 2 budak attachment tu,

"Korang siap, kul 9 ikut saya keluar"

Terpancar kegirangan di muka sorang2 bajet aku nak bawa g makan Baskin Robin atau sekurangnya minum teh di Manasir.

So sebelum kuar tu aku diekori 2 orang budak-budak ni tadi pun lalu kat bilik pembantu aku dan bagitau,

"Apa-apa urgent kol saya, saya nak ke Sungai Buloh tengok orang Mati!"

Mereka yang sedang seronok nak g jalan tu terdiam telan air liur.... heheheheheh aku lak suka kali ni. So dalam kete meriah la macam2 derang tanya itu ini sumer, yelah bukan senang nak berdamping ngan jejaka hot macam aku ni. Dalam hati aku, "takpe, jap lagi kita tengok ko suke ke x hehehehehehehe"

So sampai je Hospital Sungai Buloh sampai bilik mayat aku heret derang, aku x bagi pegawai forensik tu buka laci mayat tu sampai budak2 tu dah dekat. Sampai2 je dia buka dummm! 2 orang tadi terus paling muka kaki ketar hehehehehehe ala2 tahan kencing lebih 3 jam suku. Aku wat keje aku tanpa perasaan.

Bila time nak balik 2 orang ni jalan lambat gila, sebab lutut dah x kuat akibat tekanan perasaan kena paksa tengok mayat hahahahahahahahaha. Sampai dalam kete dari Hospital sampai Secret Chamber sepatah haram x cakap muka ketat gila!

Hahahahahaha dimanakah kegembiraanmu dayang-dayangku... abang x menghiburkan ke kekekekeke. Takpe, sebelum assesment abang ganti g Karaoke ye hehehehehehehe.

Chow!