Friday, December 17, 2010

Towards The End Of The Year

Masa berlalu dengan pantas, tanpa disedari kita sudah pun berada di penghujung 2010. Banyak lagi perkara yang masih belum selesai, sekurang-kurangnya untuk aku.

Namun, 2010 adalah tahun yang sangat menggembirakan untuk aku sekeluarga, kehadiran si kecil menambah seri hidup keluarga ku, terasa macam hidup semakin mempunyai arah tuju...erk sebelum ni pun ada hala tuju, bukan haru biru, cume sekarang lebih jelas.

Banyak perkara berlaku dalam tahun ni, semuanya kini tinggal kenangan, maka benarlah kata seorang ulama "yang paling jauh dengan kita adalah masa dan yang paling hampir adalah mati". Semua yang telah berlalu xmungkin dapat kembali. Itulah realiti hidup.

Menjelang akhir tahun juga adalah masa yang aku nantikan, sebab masa ni la nak abiskan cuti, luang masa dengan family di samping tunggu pengumuman dividen ASB hahahahahaha, itulah bonus untuk diriku setiap tahun.

Akhir tahun ini jugalah hatiku membuak2 nak beli macam2 menda yang sebenarnya x lah penting mana untuk aku meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia normal. Cuma tuntutan nafsu seringkali mengaburi iman dan menggadaikan poket yang sememangnya tentu pasang surutnya...awal bulan pasang, petang awang bulan dah surut bayar hutang hahahahaha, kerja makan gaji begitulah, kalau keje gaji makan mungkin lebih kaya raya. Tapi xpe, sebab kalau kita bersyukur Allah sentiasa akan tambahkan rezeki kita.

Hari ni kosong, aku x tau apa nak buat, boring, apa yang aku perasan akhir-akhir ni aku memang dah makin benci baca surat khabar. Xabis-abis ngan politik, apa orang Malaysia ni keje politik je ke, politik je boleh naik ke KDNK, politik je boleh banyak ke Dividen ASB, politik je boleh naik ke taraf hidup rakyat, politik je boleh menambah baikkah perkhidmatan hospital, politik je boleh basmi kemiskinan ke, politik je boleh kurangkan kadar jenayah ke?. Mungkin ada yang kata YA, aku x kata orang tu salah, tapi aku hanya setuju kalau semua di atas boleh dicapai dengan politik yang STABIL, bukan politik yang huru hara macam ni. Aku bukan orang politik, aku xpernah berdaftar dengan mana2 parti politik tapi aku x pernah x keluar mengundi.

Sudah-sudahlah bergaduh, sudah-sudahlah berperangai kanak-kanak.... propaganda media daripada pemerhatian aku nampak jelas pilihanraya umum semakin hampir, cuma apakah verdict untuk pilihanraya kali ini akan memberi kemashlahatan yang lebih sempurna kepada kita sebagai rakyat MALAYSIA

fikir-fikirkan, selamat BERAMAL!

1 comment:

  1. wow wah! lame tak bace entri ko bond..hhehehe.semoga selamat semuanya! InsyaAllah

    ReplyDelete