Friday, December 17, 2010

Towards The End Of The Year

Masa berlalu dengan pantas, tanpa disedari kita sudah pun berada di penghujung 2010. Banyak lagi perkara yang masih belum selesai, sekurang-kurangnya untuk aku.

Namun, 2010 adalah tahun yang sangat menggembirakan untuk aku sekeluarga, kehadiran si kecil menambah seri hidup keluarga ku, terasa macam hidup semakin mempunyai arah tuju...erk sebelum ni pun ada hala tuju, bukan haru biru, cume sekarang lebih jelas.

Banyak perkara berlaku dalam tahun ni, semuanya kini tinggal kenangan, maka benarlah kata seorang ulama "yang paling jauh dengan kita adalah masa dan yang paling hampir adalah mati". Semua yang telah berlalu xmungkin dapat kembali. Itulah realiti hidup.

Menjelang akhir tahun juga adalah masa yang aku nantikan, sebab masa ni la nak abiskan cuti, luang masa dengan family di samping tunggu pengumuman dividen ASB hahahahahaha, itulah bonus untuk diriku setiap tahun.

Akhir tahun ini jugalah hatiku membuak2 nak beli macam2 menda yang sebenarnya x lah penting mana untuk aku meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia normal. Cuma tuntutan nafsu seringkali mengaburi iman dan menggadaikan poket yang sememangnya tentu pasang surutnya...awal bulan pasang, petang awang bulan dah surut bayar hutang hahahahaha, kerja makan gaji begitulah, kalau keje gaji makan mungkin lebih kaya raya. Tapi xpe, sebab kalau kita bersyukur Allah sentiasa akan tambahkan rezeki kita.

Hari ni kosong, aku x tau apa nak buat, boring, apa yang aku perasan akhir-akhir ni aku memang dah makin benci baca surat khabar. Xabis-abis ngan politik, apa orang Malaysia ni keje politik je ke, politik je boleh naik ke KDNK, politik je boleh banyak ke Dividen ASB, politik je boleh naik ke taraf hidup rakyat, politik je boleh menambah baikkah perkhidmatan hospital, politik je boleh basmi kemiskinan ke, politik je boleh kurangkan kadar jenayah ke?. Mungkin ada yang kata YA, aku x kata orang tu salah, tapi aku hanya setuju kalau semua di atas boleh dicapai dengan politik yang STABIL, bukan politik yang huru hara macam ni. Aku bukan orang politik, aku xpernah berdaftar dengan mana2 parti politik tapi aku x pernah x keluar mengundi.

Sudah-sudahlah bergaduh, sudah-sudahlah berperangai kanak-kanak.... propaganda media daripada pemerhatian aku nampak jelas pilihanraya umum semakin hampir, cuma apakah verdict untuk pilihanraya kali ini akan memberi kemashlahatan yang lebih sempurna kepada kita sebagai rakyat MALAYSIA

fikir-fikirkan, selamat BERAMAL!

Friday, October 22, 2010

Interpreter

Jurubahasa kalau dalam bahasa Melayu, kalau orang kampung aku cakap Interpreter hehehehe, orang tua dulukan kalau yang sekolah kan semua sekolah Inggeris, mana ada SRK, SK, SRJK ni, lebih 1 Inggeris daripada 1 Malaysia sekarang ni.

Keje mereka ni sangat penting dalam Secret Chamber, merekan yang perlu bantu the Chamber's Lord bagi memastikan yang kena tuduh tu paham apa pertuduhan yang frame against derang. Kalau derang x paham, makan x sah hukuman yang dijatuhkan. Macam berjimak dengan akad yang tidak sah, hukumnya haram, cuma dalam konteks Secret Chamber xla haram, cuma xsah dan terbatal, wah ayat yang sangat feqah!.

Idea nya senang, pertuduhan mesti dibacakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh tertuduh. Adakalanya mmg kena cakap tunggang langgang ngan derang untuk sampaikan maksud intipati pertuduhan. Cuma sedikit kecewa bila tunggang langgang tu terpaksa dilakukan terhadap warganegara Malaysia sendiri selain daripada yang berbangsa Melayu. Atas MyKad tulis warganegara, bahasa kebangsaan, percakapan harian pun xleh nak paham macam mana. Letak tepi dulu, maybe tu akan diperbetulkan oleh pihak yang sepatutnya.

Kalau yang bangsa asing senang dan susah. Senangnya bila kita tahu xbleh try lansung nak memahamkan mereka kita lantik satu Interpreter untuk mereka. Arab ke, Iran ke, Spanyol ke, Latin ke, La Usu Padoraaa de Budapest hahahahaha. Susahnya bila nak lantik Interpreter ni perlukan masa, so secara x lansung melambatkan proses perjalan kes.

Jadi kadang2 kita kena cuba senangkan menda yang susah. Selalunya untuk Indonesia dan Thailand. Orang Thailand ni macam2 sebab Negara derang besau, kalau dapat yang asal tengah Bangkok mmg x dapek nak menolong sebab mmg derang xpaham, nasib2 je kalau derang boleh faham Mandarin.

Tapi kalau Thailand yang Selatan ni kena gunakan kebijaksanaan.

Aku teringat satu kisah di Secret Chamber yang lain oleh Chamber's Lord yang lain. Satu hari datang la kena tuduh sorang laki Thailand sebab masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah. Jadi pertuduhan dibacakan dan mamat ni macam x boleh nak faham. Tapi Chamber's Lord ni mmg bijaksana, dia tengok rupa dia rasa mamat ni dari selatan Thailand. Dia pun panggil la Interpreter dia semula,

"Awak bacakan semula pertuduhan dalam Bahasa Kelantan"

"Erk... tapi bukan tu kira Bahasa Melayu ke"

"X, saya nak awak baca sepekat mungkin dalam Bahasa Kelantan"

"Ok bereh, saya cubo deh"

hahahahah dan2 dia tukar "slang" amik mood gamaknya

"Bahawo demo......(sampai abis pertuduhan)"

"Demo pehe ko?"

"Pehe belako"

Hahahahahahahahahahahahaha

"Yes!!, ok bleh proceed"

Yang susah jadi senang!

Thursday, October 21, 2010

Mega Sale!

Hujung tahun memang banyak sale!, mana-mana tempat pun sale!, semua tulis last day, eh pendek kata kalau kita perasan sepanjang tahun la sale!, cis kita sebenarnya dah ditipu dengan sistem kapitalis yang didalangi puak freemason yang berjuang mati-matian nak hancurkan umat manusia, Islam terutamanya.

Wah opening macam berat je, sapa aku nak elaborate pasal freemansory tie dan agenda-agendanya. Tapi aku memang boleh cakap pasal Mega Sale! hahahahaha.

Sama tapi x serupa.

Sebuah penjara X dibina dengan kapasiti boleh menanggung pesalah seramai 3000 orang lebih je kalau x salah aku, manakala sekarang pula, jumlah inmate dia dah bertambah hampir 7000 orang. Wah ramai sungguh, aku xtau camana derang manage hidup dalam tu. Perasaan kesian dan wajar bermain-main di fikiran ku.

Kesian sebab hidup dalam pagar batu dan bersesak-sesak.

Wajar sebab semoga ianya beri pengajaran yang setimpal kepada pesalah.

Tapi sampai bila? kalau setiap tahun kita buka penjara baru akhirnya Malaysia ni akan jadi Bandar Penjara Maju, hahahahahah mentang2 Melaka baru dapat Melaka maju kan.

Negara pun terpaksa banyak mengeluarkan duit untuk penjara, makan derang macam pergi Kursus Motivasi Fadhilah Kamsah, 6 kali, sarapan, makan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam, pergh aku pun x dapat belanja macam tu hari2, beselah save budget kan harga petrol naik, itu naik, ini naik hahahahaha. Tu makan je tu, x termasuk kos2 untuk program-program pemulihan derang.

Jadi pendek kata memang Malaysia kena berbelanja untuk memulihkan pesalah-pesalah.

Mengenangkan hakikat ni, aku mula terfikir aku teliti betul2 proses di Secret Chamber. Di mana aku boleh membantu negara. So sapa-sapa yang kesalahannya tidaklah berat, tidak melibatkan keganasan, kecederaan atau kerugian mana-mana pihak dan kelihatan benar-benar insaf aku cuba sebaiknya x hantar ke dalam pagar batu, so kalau dah salah, jgn mengada-ngada xnak mengaku.

Kenapa?

Sebab aku xde kena mengena dengan Freemason, aku tidak memperdayakan mereka, oleh itu Mega Sale aku bukan sepanjang tahun hehehehehehehehe.

Wednesday, October 20, 2010

Hutang? Nikmat Atau Musibat?

Pagi betul aku bangun hari ni duk ngantar parents aku gi LCCT, melancong gamaknya. Biarlah dema anak-anak dah besor nak g jenjalan ye dak.

Ondaway ke opis aku dengar HOT FM, beselah DJ2 dia yang perasan hot tu menceceh pagi2, konon cool hahahaha lantak pi la kat derang. Pagi ni adalah derang bukak satu TOPIK: Hutang...Nikmat atau Berat? heheheh aku ubah tajuk tu kat blog aku.

Punya lah ramai orang kol nak bercerita pasal topik tu. Tapi yang herannya xdak sorang pun yang nak citer pasal diri sendiri atau kongsi idea camana nak kurangkan beban hutang.

Dalam pada aku jalan ke opis tu adalah kut 10 orang kol radio ni, semua duk citer pasal jiran, kawan opis, abang sedara, adik ipar dan skandal terlampau. Eh apa korang ni xde masalah hutang ke yang heboh sangat nak citer pasal orang lain. 2 dosa kering derang dah dapat pagi2, pertama kol radio tanpa izin suami, 2 mengumpat jiran hahahaha, free of charges! lantak pi la kat derang!

Aku dengar sambil aku ingat satu kes yang aku pernah handle satu masa dulu di Secret Chamber, kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, basicly pertuduhan adalah untuk ugutan jenayah.

Mamat ni dia pinjam duit kat Ah Long untuk sustain dia punya business, ekonomi x baik katanya. So satu hari sebab dah x bleh nak bayar bunga, Ah Long ni pun hantar la bala tentera dia 2 orang untuk kasi ajar sama ini olang, "tau pinjam tak tau bayar hah, cilaka punya gumuk!" sambil seligi kepala mamat yang meminjam ni.

So macam bese keje peguam tentera Ah Long ni tanya:

"You buat report sebab mau kasi susah sama anak guam saya, sudah pinjam sama dia x boleh bayar u buat ini macam"

Mamat pengadu ni dengan tegak dan yakinnya:

"Alo bos, saya mmg ada hutang dia, saya pun tau hutang mesti mau kena bayar, jgn cakap saya itu macam, saya bukan kaki busuk punya orang sulah pinjam mau lari, tapi ah, jgn seligi kepala la, sakit woo, lagi kata mau hantam sama saya"

Hahahahahahahahahaha aku ketawa gila, tau pulak tu dah berutang kena bayar

Peguam:

"Itu seligi boleh kasi mati ka"

Mamat tu

"memang x boleh mati la, tapi ah mula2 dia tarik dari telinga sampai dagu, kalau dia lagi tarik sampai leher apa macam?, saya mmg ada hutang, xmau mati, mesti mau kena bayar hutang dulu..."

Sekali lagi aku xleh tahan senyum, apalah lurus sangat mamat ni, dialah sorang peminjam yang jujur. Tapi hanya sebab dalam borang permohonan pinjaman peribadi di CIMB, MAYBANK, RHB BANK dll xde kolum untuk tandakan X di petak 'samada anda jujur atau penipu' mamat ni terpaksa lah pinjam Ah Long hahahahahahahahaha.

So hutang tetap hutang, tapi mesti boleh bayar.

Moral of the story, pastikan kaki kita wangi hahahahahahhaahah

Friday, May 21, 2010

Generousity Of Allah

Alhamdulillah, hanya itu dapat aku katakan,

Rezeki itu memang daripada zat-zat Allah yang maha pemurah.

Sebulan dua ni memang kewangan ku agak terhad, macam-macam perkara berlaku menuntut pada penggunaan wang.

Hari-hari aku berdoa:

"Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh keluargaku di kalangan hambamu yang soleh, ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku, berikan kesihatan kepada diriku dan seluruh keluargaku dan dijauhi dari wabak penyakit kronik, aku memohon rahmat dan kekayaan mu Ya Allah, aku seru sifat Ar-Rahiim mu, bukakanlah kepadaku dan keluargaku pintu rezeki seluas-luasnya, berilah aku kekayaan supaya aku tidak kufur atas kemiskinan dan tidak bongkak dengan kekayaan."

Hari-hari aku berdoa dan Alhamdulillah hari ini Allah telah perkenankan doa ku, aku selalu percaya kata orang Allah x terus bagi apa kita doa sebab sangat suka kepada hambanya yang suka berdoa.

Rezeki yang aku dapat, satu rezeki yang aku x pernah pikir boleh dapat jumlah xboleh dapat kecuali sertai MLM, piramid atau apa2 saluran yang aku x paham, tapi itu bukan cara Allah bagi kepada ku sebab Allah tahu aku x percaya jalan-jalan seperti itu. Allah bukakan pintu rezekiku dengan menggerakkan hati sahabatku untuk memberi peluang pelaburan yang cukup baik dan meyakinkan. Sahabat itu sendiri tidak tahu kenapa dia boleh tawarkan peluang itu kepadaku, dia ada kemampuan, ada orang lebih rapat untuk diajak, tapi aku yang dipilih. Satu sahaja yang dikatakan ketika mempelawa aku:

"Saya teringat kata Syed Bukhari, dalam banyak rezeki yang kita dapat, terdapat bahagian orang lain di dalamnya"

Katanya lagi "Mungkin ini bahagian kamu"

Alhamdulillah...... Alhamdulillah...... Alhamdulillah.......

Tuesday, May 18, 2010

Cute Companion

Semalam 2 orang budak attachment program dari UM datang. Kesian aku tengok derang xdapat bercuti kena datang Secret Chamber tuk Industrial Training. Tapi xpe, abang ada, abang boleh tolong hiburkan adik-adik.

Semalam aku suruh derang tengok reman.... emmm nampak meriah muka budak2 tu yelah dapat tengok prosiding yang derang x leh wat kat lecturer killer derang. Petang bila aku tanya sumer ok? Ok Tuan.... aku kata "Bagus.... esok tengok orang daftar kes pulak" "Ok Tuan."

Hari ni ondaway aku g keje pagi-pagi Penjara Sungai Buloh dah kol aku

"Tuan ada orang mati....macam biasa"

Aku: "Ok roger, saya masuk opis dulu amik dayang kul 9 saya gerak"

Pegawai Penjara: "Roger and out"

So sampai opis kul 7 50 pagi aku pun jumpa bos bagitau aku akan ke Hospital Sungai Buloh tgk orang mati dalam tahanan.

"Bos, nak bawa dayang hari ni, boring drive sorang"

Bos: "Ok xpe, awak masih bujang 3"

Aku pun g lah jumpa 2 budak attachment tu,

"Korang siap, kul 9 ikut saya keluar"

Terpancar kegirangan di muka sorang2 bajet aku nak bawa g makan Baskin Robin atau sekurangnya minum teh di Manasir.

So sebelum kuar tu aku diekori 2 orang budak-budak ni tadi pun lalu kat bilik pembantu aku dan bagitau,

"Apa-apa urgent kol saya, saya nak ke Sungai Buloh tengok orang Mati!"

Mereka yang sedang seronok nak g jalan tu terdiam telan air liur.... heheheheheh aku lak suka kali ni. So dalam kete meriah la macam2 derang tanya itu ini sumer, yelah bukan senang nak berdamping ngan jejaka hot macam aku ni. Dalam hati aku, "takpe, jap lagi kita tengok ko suke ke x hehehehehehehe"

So sampai je Hospital Sungai Buloh sampai bilik mayat aku heret derang, aku x bagi pegawai forensik tu buka laci mayat tu sampai budak2 tu dah dekat. Sampai2 je dia buka dummm! 2 orang tadi terus paling muka kaki ketar hehehehehehe ala2 tahan kencing lebih 3 jam suku. Aku wat keje aku tanpa perasaan.

Bila time nak balik 2 orang ni jalan lambat gila, sebab lutut dah x kuat akibat tekanan perasaan kena paksa tengok mayat hahahahahahahahaha. Sampai dalam kete dari Hospital sampai Secret Chamber sepatah haram x cakap muka ketat gila!

Hahahahahaha dimanakah kegembiraanmu dayang-dayangku... abang x menghiburkan ke kekekekeke. Takpe, sebelum assesment abang ganti g Karaoke ye hehehehehehehe.

Chow!

Tuesday, April 27, 2010

Wish More Malayisan Be Civilised

Hujung minggu baru ni aku g Pulau Perhentian bercuti dengan Mem aku. Percutian yang tidak direncana, hanya berbekalkan keazaman aku penat kerja.

So semasa di Pulau Perhentian tu ntah apa kena aku teringat nak telefon bekas pegawai pendakwa aku Inspektor Alfunsu @ Zubaidy (ini adalah nama dia dalam IC...canggih kan?). Yang aku tahu minggu baru ni dia kena bertugas di Hulu Selangor jaga pilihanraya, so aku kol satu dari 2 nombor nya dan ada orang jawab:

Aku: Inspektor Sahaabbbbbbb, ada mana?

Dollah: Maaf cik, nama saya Dollah, saya jumpa telefon ni 3 hari lepas di Pandan Jaya.

Aku: Erk... ada tuan telefon kol awak?

Dollah: Xde, tapi ada 2 laki cina kol suruh pulang pada dia.

Aku: Sapa nama derang?

Dollah: Jimmy ngan Steven

Aku: Awak jangan pulangkan pada mereka, nama pemilik telefon ni Insp. Zubaidy, kalau dia x kol awak, awak datang Secret Chamber pulangkan pada saya.

Dollah: Tapi saya x tahu kat mana tu

Aku: *&%*$*&^ (beri direction), boleh?

Dollah: Ok cik, saya kerja di Bursa Malaysia maintainance, kalau saya pulang hari Selasa boleh?

Aku: Boleh

Selasa 27 April 2010

Encik Dollah hadir dengan handphone Insp. Zubaidy

Aku: Terima kasih Encik Dollah, kalau lah semua rakyat Malaysia macam ni, mesti bagus

Dollah: Xpelah encik, saya pernah hilang telefon, saya tahu betapa susahnya hilang kontek sumer. Lagipun masa jumpa ni dengan anak-anak, bila derang nampak tindakan saya mungkin boleh jadi tauladan jgn ambil yang bukan hak kita

Aku: Betul tu (dalam hati "kalau xde anak ko mungkin dah 'kum' la phone tu - sempat lagi setan bisik prasangka). Anyway terima kasih banyak!

Aku kira ni antara menda yang aku sangat kagum dan susah nak percaya.

Masih ada rakyat Malaysia yang baik dan Malaysia Boleh!