Tapi itu bukan perkara yang aku rasa seronok aku nak cerita kali ni, menda yang aku nak cerita ni berkaitan dengan sorang OYDS yang aku reman pada hari ni.
IO: Tuan, OYDS ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan
354. Assault or use of criminal force to a person with intent to outrage modesty.
Whoever assault or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years, or with fine, or with whipping, or with any two of such punishments.
pohon Tuan rujuk report tangkapan dan diari siasatan
Aku: Kamu faham kenapa polis tahan kamu?
OYDS: Xberapa paham Tuan
Aku: Betul la ni x paham? (niat aku yang baik xnak memalukan dia dengan mengelakkan IO terpaksa bagitau apa dia dah buat)
OYDS: Yelah Tuan, saya x faham
Aku: IO ko terangkan kat dia sekarang
IO: Pada (masa aku x ingat) kamu telah mencabul seorang perempuan bernama polanah binti polaa dengan memasukkan tangan kamu ke dalam kocek belakang jeans yang dipakai oleh perempuan tersebut dan meramas punggungnya. Bersabit laporan tersebut, atas aduan beliau kami tangkap kamu untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan
OYDS: Tuan, mana ada saya cabul dia Tuan. Macam ni, saya selalu gi lepak kat kedai pempuan ni, saya kenal dia dan suami dia. Hari kejadian saya nampak dia angkat barang tangan penuh. Saya nampak seluar dia terlondeh, saya pun tolong la tarik naik seluar dia, dah tarik seluar memang la terpegang punggung (jelasnya dengan penuh rasa tidak bersalah dan yakin magic2 David Blaine akan berlaku)
Aku: Kau ni pun satu, dalam banyak2 pertolongan, yang tu paling cepat ko nak buat ye. Lapang sangat ke sampai nak tolong tarikkan seluar pempuan
(huahuahauahauahauahau satu Secret Chamber ketawakan dia) suka lah tu derang ada jenaka. Kalau korang nak tau di Secret Chamber ni gelak2 ni macam citer pendekar bujang lapuk je. Gelakkan orang sat g yang lain pun salah juga "jin pakai toncet cikgu" hahahahahah.
Adoi tapi aku mmg xleh tahan gelak. Bleh kena buasir kalau selalu ada orang masuk air macam ni.
Aku: Ok tapi paham la kan sebab tangkapan sekarang?
OYDS: Faham Tuan
Aku: Bagusss, tahan 3 hari!