Hujung minggu baru ni aku g Pulau Perhentian bercuti dengan Mem aku. Percutian yang tidak direncana, hanya berbekalkan keazaman aku penat kerja.
So semasa di Pulau Perhentian tu ntah apa kena aku teringat nak telefon bekas pegawai pendakwa aku Inspektor Alfunsu @ Zubaidy (ini adalah nama dia dalam IC...canggih kan?). Yang aku tahu minggu baru ni dia kena bertugas di Hulu Selangor jaga pilihanraya, so aku kol satu dari 2 nombor nya dan ada orang jawab:
Aku: Inspektor Sahaabbbbbbb, ada mana?
Dollah: Maaf cik, nama saya Dollah, saya jumpa telefon ni 3 hari lepas di Pandan Jaya.
Aku: Erk... ada tuan telefon kol awak?
Dollah: Xde, tapi ada 2 laki cina kol suruh pulang pada dia.
Aku: Sapa nama derang?
Dollah: Jimmy ngan Steven
Aku: Awak jangan pulangkan pada mereka, nama pemilik telefon ni Insp. Zubaidy, kalau dia x kol awak, awak datang Secret Chamber pulangkan pada saya.
Dollah: Tapi saya x tahu kat mana tu
Aku: *&%*$*&^ (beri direction), boleh?
Dollah: Ok cik, saya kerja di Bursa Malaysia maintainance, kalau saya pulang hari Selasa boleh?
Aku: Boleh
Selasa 27 April 2010
Encik Dollah hadir dengan handphone Insp. Zubaidy
Aku: Terima kasih Encik Dollah, kalau lah semua rakyat Malaysia macam ni, mesti bagus
Dollah: Xpelah encik, saya pernah hilang telefon, saya tahu betapa susahnya hilang kontek sumer. Lagipun masa jumpa ni dengan anak-anak, bila derang nampak tindakan saya mungkin boleh jadi tauladan jgn ambil yang bukan hak kita
Aku: Betul tu (dalam hati "kalau xde anak ko mungkin dah 'kum' la phone tu - sempat lagi setan bisik prasangka). Anyway terima kasih banyak!
Aku kira ni antara menda yang aku sangat kagum dan susah nak percaya.
Masih ada rakyat Malaysia yang baik dan Malaysia Boleh!
Yank..Yunk..Sayang..
8 years ago