Monday, June 1, 2009

The Blue Monday

Hari ni xbanyak yang aku lakukan, hanyalah rutin seharian mendengar kes dan menjatuhkan hukuman kepada beberapa orang yang telah didapati bersalah dan mengaku atas kesalahan mereka.

Cuma hari ni tempat kerjaku menerima satu kedatangan pegawai baru....perempuan heheheheh tapi bleh senyum jelah. Single mmg la single, tapi la ni kat tempat aku tu aku ni sorang je lelaki, kang kalau mesra terlebih ngan pempuan jadi lain lak, x pasal masuk melodi xpun metro hahahahaha. Bukan apa cuma aku suka kalau ada lagi sorang pegawai laki kat sini, best skek nak huhahuha. Servis yang sama cuma background sedikit berbeza kerana pegawai baru ni dulu kerjanya membankrapkan orang dan aku pula kerja hantar orang ke penjara.

Kedatangan dia akan menyambung tugas aku dan aku selepas ini hanya perlu mendengar kes-kes sivil dan trafik selepas ini. Ups satu lagi kes2 yang melibatkan pesalah Juvana. So basicly sepetang di hari ini aku mengambil peranan mentaklimat dia tentang kerja2 aku. Dalam banyak2 soalan aku tertarik dengan satu soalan

"Kerja kita ni xde kena sihir2 ke?"

Aku hanya tersenyum seperti Ustaz Arif dalam drama Niyang Rapik dan menyatakan

"Baca lah apa2 yang patut, sihir itu pun hanya jadi jika diizinkan Allah, yang penting kita jalankan tugas kita menegakkan keadilan, yang penting mulut jgn jahat, kalau nak hukum kuat2 hukum je, toksah bising2"

Sesungguhnya untuk 2 minit mmg aku terasa macam aku Ustaz Arif walaupun sebenarnya aku lebih minat Tok Dalik yang penuh kesaktian hahahahahahaha.

So panjang lebar la aku bersembang ngan dia sampai petang bos aku masuk bilik ajak bincang kes.

Hari ni aku dah jatuhkan hukuman kepada seorang lelaki singh. Kesalahan yang beliau lakukan ialah menipu seperti dalam Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Macam mana dia ni menipu? aku agak xpaham juga, tapi modus operandi dia adalah somehow dia bleh cross receive credit kad orang lain dan gunakan belanja sesuka hati dia. Banyak juga kerugian yang ditanggung oleh mangsa hampir RM5,000.00. Yang lebih memeranjatkan aku ialah semasa ditangkap mmg polis jumpa banyak gila kredit kad pada dia, so PO aku pun apa laki, tekan la:

"Saya pohon hukuman berat dijatuhkan ke atas orang ini, kad2 yang dijumpai bersama resit2 perbelanjaan menunjukkan dia mmg orang yang tidak bertanggungjawab dan sudah pasti banyak mangsa yang mengalami kesusahan atas jenayah yang beliau lakukan"

Peguam yang hadir pula merayu supaya satu hukuman ringan diberikan kerana ini adalah kesalahan yang pertama.

Aku pikir punya pikir then aku decide bagi dia 16 bulan Penjara 2x Sebatan..... pada la kan? sebab mamat ni muka mmg nampak innocent baik habis kalau masuk cari menantu versi singh pasti ramai auntie tu undi sms dia, tapi sayang, dia pilih nak jadi Ocean Eleven dan aku terpaksala hukum dia, aku harap 16 bulan dalam Penjara dan azab 2x Sebatan tu dapat menginsafkan dia. Mudah mudahan.

No comments:

Post a Comment