Tuesday, June 2, 2009

Public Interest vs. Personal Rights

Hari ini telah di bawa di hadapan aku seorang orang yang di syaki (OYDS) bagi kesalahan mencuri motosikal. Faktanya lebih kurang bergini.

Ada sorang mamat ni dia pergi kedai and parking motornya di luar kedai, besama dia ada seorang pakciknya yang tunggu di luar kedai pada jarak yang agak jauh juga daripada motosikal tetapi masih boleh melihat dgn jelas motosikal tersebut.

Nak dijadikan cerita tengah pak cik dia ni syok2 isap rokok, dia nampak OYDS ni datang ke motosikal anak buahnya dalam keadaan terbongkok dan menunduk yang mencurigakan. So lama kelamaan jelas dilihat OYDS ni tadi dah berjaya buka kunci pada tayar depan motosikal tersebut.

Dengan penuh perasaan marah, pakcik ni pun terus panggil anak buah dia serang mamat ni. Orang2 awam yang melihat perkara yang sama x melepaskan peluang menjamahi kenduri yang dianjurkan. So nak jadikan cerita, boleh lak sampai 5 orang hentak OYDS ni, hentak kaw2 punya guna besi sume kemudian serahkan OYDS ni kepada pihak polis.

Pihak polis pun terus bawa depan aku bagi tujuaan menahan reman OYDS untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.

Aku dimaklumkan OYDS sebelum di bawa ke depan aku sudah di rawat di hospital. Tapi honestly, aku tgk mmg dia dah nazak gila dikerjakan dgn kepala dia dah berserban bandage dan di bawa masuk ke Secret Chamber aku dengan kerusi roda. Dia mengadu..

"Tuan, saya sakit tuan....sakit sangat, satu badan....terlampau sakit tuan, saya x tahan, luka je 6 koyak kat bahagian kepala saya, dada saya sakit sangat, nak bernafas pun susah, saya lapar sangat tuan dari malam tadi tapi rahang saya sakit x bleh mengunyah...tolong saya tuan...saya xpuashati kenapa saya dipukul macam ni punya teruk"

Kemudian pegawai penyiasat bersuara

"Tuan saya pohon reman tuan untuk dapatkan keterangan daripada OYDS dan saksi2 lain tuan"

Seriously mula2 masa aku baca fakta kes aku cakap dalam hati

"Ha padan muka ko, badan sihat kerja mencuri sapa suruh, biar rasa sikit"

Tapi bila aku tengok keadaan dia mmg aku tiba2 rasa sangsi ngan apa aku cakap tadi, samada "padan muka" kah dia atau tuan punya motosikal dah berlebih2 dalam pukul dia.

Seksyen 15 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan cara2 tangkapan boleh dilakukan terhadap OYDS melakukan kesalahan:

(1) In making an arrest the police officer or other person making the same shall actually touch or confine the body of the person to be arrested unless there is a submission to the custody by word or action.

(2) If such person forcibly resist the endeavour to arrest him or attempt to evade the arrest such officer or other person may use all means necessary to effect the arrest.

(3) Nothing in this section gives a right to cause the death of a person who is not accused of an offence punishable with death or with imprisonment for life.

So persoalannya samada berpadanan atau tidak apa yang diterima oleh OYDS dalam kes yang dihadapkan depan aku?

Aku tgk daripada report tangkapan tiada keganasan yang dilakukan oleh OYDS, yes of course ada
attempt to evade the arrest tapi tiada keperluan untuk "mengkendurikan" dia begitu sekali.

So aku pun dengan kuasa yang ada, aku benarkan reman terhadap OYDS 3 hari bagi tujuan siasatan tapi dia untuk ditahan di wad sehingga doktor sahkan dia fit untuk keluar wad dan aku arahkan polis ambil report yang dia ingin buat terhadap orang yang memukul dia sampai jadi "rendang tok" supaya tindakan lanjut dapat di ambil.

Aku percaya itulah yang sewajarnya.......

Monday, June 1, 2009

The Blue Monday

Hari ni xbanyak yang aku lakukan, hanyalah rutin seharian mendengar kes dan menjatuhkan hukuman kepada beberapa orang yang telah didapati bersalah dan mengaku atas kesalahan mereka.

Cuma hari ni tempat kerjaku menerima satu kedatangan pegawai baru....perempuan heheheheh tapi bleh senyum jelah. Single mmg la single, tapi la ni kat tempat aku tu aku ni sorang je lelaki, kang kalau mesra terlebih ngan pempuan jadi lain lak, x pasal masuk melodi xpun metro hahahahaha. Bukan apa cuma aku suka kalau ada lagi sorang pegawai laki kat sini, best skek nak huhahuha. Servis yang sama cuma background sedikit berbeza kerana pegawai baru ni dulu kerjanya membankrapkan orang dan aku pula kerja hantar orang ke penjara.

Kedatangan dia akan menyambung tugas aku dan aku selepas ini hanya perlu mendengar kes-kes sivil dan trafik selepas ini. Ups satu lagi kes2 yang melibatkan pesalah Juvana. So basicly sepetang di hari ini aku mengambil peranan mentaklimat dia tentang kerja2 aku. Dalam banyak2 soalan aku tertarik dengan satu soalan

"Kerja kita ni xde kena sihir2 ke?"

Aku hanya tersenyum seperti Ustaz Arif dalam drama Niyang Rapik dan menyatakan

"Baca lah apa2 yang patut, sihir itu pun hanya jadi jika diizinkan Allah, yang penting kita jalankan tugas kita menegakkan keadilan, yang penting mulut jgn jahat, kalau nak hukum kuat2 hukum je, toksah bising2"

Sesungguhnya untuk 2 minit mmg aku terasa macam aku Ustaz Arif walaupun sebenarnya aku lebih minat Tok Dalik yang penuh kesaktian hahahahahahaha.

So panjang lebar la aku bersembang ngan dia sampai petang bos aku masuk bilik ajak bincang kes.

Hari ni aku dah jatuhkan hukuman kepada seorang lelaki singh. Kesalahan yang beliau lakukan ialah menipu seperti dalam Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Macam mana dia ni menipu? aku agak xpaham juga, tapi modus operandi dia adalah somehow dia bleh cross receive credit kad orang lain dan gunakan belanja sesuka hati dia. Banyak juga kerugian yang ditanggung oleh mangsa hampir RM5,000.00. Yang lebih memeranjatkan aku ialah semasa ditangkap mmg polis jumpa banyak gila kredit kad pada dia, so PO aku pun apa laki, tekan la:

"Saya pohon hukuman berat dijatuhkan ke atas orang ini, kad2 yang dijumpai bersama resit2 perbelanjaan menunjukkan dia mmg orang yang tidak bertanggungjawab dan sudah pasti banyak mangsa yang mengalami kesusahan atas jenayah yang beliau lakukan"

Peguam yang hadir pula merayu supaya satu hukuman ringan diberikan kerana ini adalah kesalahan yang pertama.

Aku pikir punya pikir then aku decide bagi dia 16 bulan Penjara 2x Sebatan..... pada la kan? sebab mamat ni muka mmg nampak innocent baik habis kalau masuk cari menantu versi singh pasti ramai auntie tu undi sms dia, tapi sayang, dia pilih nak jadi Ocean Eleven dan aku terpaksala hukum dia, aku harap 16 bulan dalam Penjara dan azab 2x Sebatan tu dapat menginsafkan dia. Mudah mudahan.