Sunday, May 31, 2009

The Beginning

Im not a lot a blogger I can say, cuma bila aku baca semula blog rakan-rakan, aku rasa ini adalah antara cara supaya manusia tu xnampak gila sangat bercakap sorang-sorang. Aku xpeduli orang setuju ke tidak, tapi logik aku menyatakan demikian. Manusia ni kalau kita tengok, persepsi masing-masing boleh terusik dengan terma, tatabahasa, lengok ayat dan struktur predikat yang digunakan, sebagai contoh:

1) Apalah ko ni bengap sangat, x pegi skolah ke (versi firaun)

Mesti awak kurang arif pasal perkara ni, awak perlu belajar lebih lagi (versi baik)

2) Cilaka punya mamak lain aku order lain dia antar (versi Sarip Dol)

Mesti mamak ni pening ramai sangat pelanggan order, sampai tersilap air aku, kesian dia
(kompem korang dapat satu teh ais free)

3) Apalah mamat ni cakap sorang, gila ke? (versi Hospital Bahagia Ulu Kinta)

Eh ko baca x blog mamat ni, cutenya.... rajin dia "menulis" hari-hari citer pasal hidup dia,
bacalah....best (kenapa bleh jadi macam ni?)

Ha sekarang korang nampak x point aku hehehehehe. So macam orang lain aku pun kadang kala ada menda yang aku nak cerita atau bercakap tapi x pasti sapa berminat nak dengar, yang penting aku mesti nak cerita....xbleh tahan, kalau x cerita mesti...ah kena cerita jugak. Macam tu la.

Korang mesti xpaham kan apa la aku merepek ni, ha jgn heran, sbb blog aku aku anggap tempat aku nak cakap macam aku nak, tunggang terbalik pun takpe. Sebab kerja aku, seharian aku perlu jaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut aku, walaupun dalam hati dah banyak dah carutan yang aku tahu beratur meronta-ronta minta nak keluar dilepaskan.......hahahahaha aku mmg x boleh buat macam tu, bukan sebab aku baik, tapi mmg x boleh sebab kerja aku.

Apa jadi kalau aku lepaskan juga perkataan2 tu? Besok 85% kebaragkalian akan dilaporkan di akhbar tempatan seperti Metro (aku agak kompem kalau Metro!), 90% kebarangkalian kena pindah, 73% kebarangkalian kena santau hahahhahahah x sangka aku sangat cekap mengira.

Kalau korang nak tahu, 70% daripada rakyat Malaysia ni mengidap "stress" dan "stress" ni kalau cakap sama kawan2 dia x bawa makna apa2, tapi kalau doktor cakap "En. Borhan, awak sebenarnya mengalami stress" maka En. Borhan perlu tahu bahawa dia adalah potential client untuk Hospital Bahagia Ulu Kinta. En. Borhan adalah nama yang terlintas kat kepala aku masa aku tulis, so xpayah tanya sapa sebab mmg xada. Jadi bercakap tentang stress tadi, aku mengambil jalan "berblog" supaya aku tidak menjadi seperti En. Borhan itu, sebab aku boleh tulis apa je aku nak kat sini.

Emmm aku rasa untuk permulaan ni cukup dulu, aku cuba la tulis dalam blog ni sekerap mungkin supaya tidak dilihat gila pada pandangan masyarakat yang prejudis terhadap orang yang bercakap sorang hehehehehehehehe. Chow!

1 comment:

  1. blog kau beri aku gmbran yg tak pernh aku bayang selama ni...keep blogging

    ReplyDelete